top of page

PROGRAM PENGAJIAN

Madrasah Tahfiz Alfath menyediakan dua bentuk pengajian bertujuan untuk memberi peluang kepada semua golongan dan lapisan agar mereka dapat melibatkan diri mereka secara khusus dengan Al-Quran terutamanya bagi penduduk disekitar kawasan Madrasah.


Bentuk pengajian itu adalah seperti berikut :-

  1. Pengajian sepenuh masa.

  2. Pengajian separuh masa.


            Pengajian sepenuh masa ialah pengajian yang diatur khusus bagi pelajar yang mengikuti program madrasah sepenuhnya. Pelajar yang mengikuti program ini diwajibkan tinggal diasrama. Biasanya pelajar yang mengikuti program ini akan dapat menamatkan pengajiannya kurang dari tiga tahun (bergantung kepada kemampuan pelajar).


Pengajian separuh masa ialah program yang diatur bagi pelajar-pelajar yang tinggal berhampiran Madrasah. Pengajian akan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Bagi pelajar yang mengambil program ini, pelajar akan berulangalik dari rumah. Namun, pihak madrsah menggalakkan pelajar untuk tinggal diasrama (mengambil pengajian sepenuh masa) agar pihak madrasah dapat memantau prestasi pelajarannya.

​

Pengajian di Madrasah Tahfiz Al-Fath(MTF) mengamalkan sistem talaqqi yang bersistematik disamping pengajian ilmu-ilmu Islam lain seperti ilmu Fardu Ainm feqah, tauhid, hadith dan sebagainya. Program pengajian di MTF meliputi program harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Program harian umumnya bermula 5.00 pagi hingga 10.45 malam yang merangkumi sabak, ulangan sabak, kelas hafalan, pengajian ilmu, muzakarah kitab disamping solat, wirid dan perlaksanaan amal-amal sunat secara jemaah. Program mingguan pula ialah program yang berbentuk amali seperti PAFA, program ziarah, khidmat, tahlil dan sebagainya. Program bulanan pula adalah program luaran seperti program bersama kolej komuniti dan program dakwah. Ada pun program tahunan ialah program yang diatur untuk sepanjang tahun seperti sukan tahunan, rehlah dan sebagainya.


Secara kesimpulannya program pengajian di Madrasah ini ialah untuk:-

  • Menamatkan hafalan secara Tartil dalam tempoh 3 tahun.

  • Menamatkan beberapa kitab dalam pelbagai Ilmu seperti feqh, hadith, bahasa Arab dan sebagainya.

  • Mengambil kelas ulangan dalam tempoh tertentu untuk menduduki ujian syahadah.

  • Menyambung pelajaran ke peringkat Alim atau yang berkaitan dengannya seperti pengajian qiraat.

IMG20171128093800.jpg
bottom of page