top of page

SEJARAH  PENUBUHAN

Madrasah Tahfiz Al-Fath telah dibina di atas tapak yang telah diwakafkan oleh Tn. Hj. Ali Othman b. Rawi. Beliau juga telah mengasaskan pembinaan kemudahan asas untuk madrasah yang merupakan sebuah surau, sebuah bangunan asrama serta ruang makan yang telah disiapkan pada Mac 2003.

Sebuah lembaga Tadbir Madrasah telah ditubuhkan bagi memantau dan menguruskan perjalanan Madrasah. Dengan izin Allah, Madrasah telah memulakan pengajiannya pada bulan Mei 2003 dengan 6 orang pelajar sulongnya.

           

Alhamdulillah, jumlah pelajarnya telah meningkat dari semasa ke semasa sehingga pihak Madrasah terpaksa berusha untuk membina sebuah bangunan lagi dan telah siap pada Mac 2006. Bangunan tersebut digunakan sebagai penempatan pelajar, pejabat dan ruang khusus untuk mesyuarat atau majlis-majlis tertentu. Namun, oleh kerana sambutan dari orang ramai amat menggalakkan dan ramai pelajar yang masuk maka bangunan yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan-keperluan mereka seperti kelas, mini perpustakaan, tempat tinggal dan sebagainya.


 Sehingga tahun 2018, Madrasah Tahfiz Al-Fath telah mempunyai seramai 93 pelajar dan 6 orang ustaz

​

bottom of page